:: بسم الله الرحمن الرحيم ::
Semua yang berlaku ada hikmahnya , seorang daripada rakan kita , Muhammad Idham Azlan telah dimasukkan ke hospital kira-kira 2 bulan yang lalu selepas tamatnya Merentas Desa 2012 .
Am mengalami kesukaran untuk bernafas dan terpaksa tidur dalam keadaan duduk.
Am dimasukkan ke hospital dan terus dikejarkan ke wad ICU Hospital Besar Melaka.
Sekarang Am berada di Hospital Sultanah Aminah , JB
Dia terpaksa mengambil cuti selama 6 bulan dan dia mungkin tidak mengambil PMR bersama-sama kita semua.
Warga Engineerie-X sama-sama kita doakan kesihatan dia (: Get well soon :)